Isnin, 16 Mei 2011

Pembenihan Udang Galah



Sepintas lalu saya catatkan di sini mengenai operasi pembenihan Udang Galah yang saya pelajari dari salah sebuah hatceri yang beroperasi secara aktif dan jayanya di Pattaya Thailand.  Hatceri ini adalah di bawah pengurusan syarikat terkenal CP.  Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan syarikat CP yang bermurah hati berkongsi maklumat dengan saya demi menjayakan pembangunan hatceri Udang Galah SPF di Malaysia bertujuan menghasilkan benih Udang Galah yang berkualiti tinggi untuk dipasarkan di pasaran domestik dan InsyaAllah untuk pasaran negara-negara di Asia Tenggara.
Terdapat 18 unit bangunan hatceri yang dibina di sini dengan pembahagian seperti berikut:

Bilangan
Kegunaan
14 unit
Penghasilan PL Udang Galah
1 unit
Penghasilan Artemia
1 unit
Pemilihan Genetik
2 unit
Pembenihan dan penggredan


Di ladang yang sama ini juga terdapat 30 unit kolam induk Udang Galah dengan saiz setiap satu 800 meter persegi (0.08 hektar). Sasaran pengeluaran benih udang galah ialah sebanyak 45 juta ekor/bulan.
Kaedah Rawatan Bekalan Air Ladang
Air yang dipam masuk dari sumber semulajadi melalui terusan yang dibina di masukkan ke dalam kolam stok air yang dibina di dalam ladang.  Dari situ proses pemendapan berlaku dan air kemudiannya dipam ke kolam rawatan dicampurkan dengan klorin bersukatan 30 ppm.  Air yang telah dirawat itu kemudiannya di pam ke kolam bekalan air (‘resrvoir’) ladang dan sedia untuk digunakan.
Kualiti Air Yang Diperlukan

pH
7.0 – 8.5
D.O
> 3.5
NH3
< 1.0
NO2
< 0.1
Alkaliniti
> 80
Keliatan (hardness)
400 - 600


Persediaan Kolam Ternakan Induk
Kolam dicuci dan dibersihkan terlebih dahulu kemudian dikeringkan.  Semasa mencuci kolam, aktiviti meracun pemangsa seperti haruan, toman, ketutu dan ikan pemangsa lain yang terdapat di dalam kolam dilakukan dengan menggunakan hampas biji teh (tea seed cake) mengikut sukatan.
Setelah kolam dibersihkan dan dikeringkan selama seminggu.  Kolam ditabur dengan kapur (calcium hydroxide) dengan aggaran 50 hingga 100 kg/kolam (saiz 800 m2).  Kolam dibiarkan kering hingga tanah dasar kolam merekah (2 minggu).
Kolam kini dimasukkan baja dan dimasukkan air separas kedalaman 2 kaki (0.6 meter) dan dibiarkan selama seminggu untuk menggalakkan pertumbuhan plankton.  Hapa di pasangkan di dalam kolam di sudut berhampran punca air.  Pastikan muncung paip air masuk ke kolam telah dipasangkan jaring (net) halus agar tiada ikan pemangsa/benih ikan/telur ikan telus masuk ke dalam kolam.
Tebaran benih udang galah kini sedia untuk dilaksanakan.  Kadar tebaran yang sesuai adalah seperti berikut:

Saiz Benih
Kadar Tebaran
Masa Ternakan
Kadar Hidup
PL – 0.1gm/ekor (dari hatceri)
50 ekor/m2
75 hari
70%
5 gm/ekor (saiz jari tangan)
6 ekor/m2
90 hari
75%


Biasanya kadar tumbesaran udang galah adalah (ADG) purata 0.07 gm/hari.  Untuk mencapai tempoh ternakan ke saiz induk, sebanyak 440.4 kg makanan diberikan dengan kadar penukaran makanan FCR sebanyak 1.5:1.
Selepas tempoh 5 hingga 6 bulan ternakan; induk udang galah kini mencapai saiz 50 gram bagi udang jantan dan 30 gram bagi udang betina.  Aktiviti pengredan dan pemilihan induk udang kini telah sedia untuk dilakukan.
Kadar Pemberian Makanan

Pemberian makanan yang mencukupi akan menghasilkan tumbesaran udang yang sekata dan mengikut jadual.  Jadual makanan perlu disediakan dan disemak dengan melakukan pemeriksaan tumbesaran secara berkala.  Berikut disediakan jadualkan pemakanan yang diguna di ladang  yang saya lawati ini.
   Jadual Makanan Di Peringkat Asuhan

Umur
(hari)
Kod
Makanan
Total
kg/hari
Umur
(hari)
Kod
Makanan
Total
kg/hari
1
9041
0.8
23
9041+42
2.4
2
9041
0.8
24
9041+42
2.8
3
9041
0.8
25
9041+42
3.2
4
9041
0.8
26
9042
3.6
5
9041
0.8
27
9042
4.0
6
9041
0.8
28
9042
4.4
7
9041
0.8
29
9042
4.8
8
9041
0.8
30
9042
5.2
9
9041
1.0
31
9042
5.6
10
9041
1.0
32
9042
6.0
11
9041
1.0
33
9042
6.4
12
9041
1.0
34
9042
6.8
13
9041
1.0
35
9042
7.2
14
9041
1.0
36
9042
7.6
15
9041+42
1.0
37
9042
8.0
16
9041+42
1.0
38
9042
8.4
17
9041+42
1.0
39
9042
8.8
18
9041+42
1.2
40
9042
9.2
19
9041+42
1.2
41
9042
9.6
20
9041+42
1.2
42
9042
10.0
21
9041+42
1.6
43
9042
10.4
22
9041+42
2.0
44
9042
10.8
45
9042
11.2


























 Jadual Makanan Di Peringkat Tumbesaran

Saiz
(MBW)
gm/ekor
Makanan
( % )
Kod Makanan

Saiz
(MBW)
gm/ekor
Makanan
( % )
Kod Makanan
2.5-3
6.5
9042
 
18-20
3.0
9043
4-5
5.5
9042
 
22-24
2.7
9043
6-7
4.5
9042
 
26-27
2.5
9043
8-9
4.2
9043s
 
29-30
2.0
9044
10-11
4.0
9043s
 
33-34
1.7
9044
12-13
3.7
9043s
 
35-37
1.4
9044
15-16
3.5
9043s
 
38-40
1.0
9044
 
 
 
 
>40
1.0
9044
Biasanya kaedah memukat adalah lebih sesuai dan menyeluruh untuk tujuan tuaian hasil.  Air kolam akan di turunkan ke paras 0.3 meter dan kerja-kerja memukat dilakukan seawal pagi.... bersambung...
Peralatan seperti bakul, penimbang dan tong penyimpanan hasil dengan sokongan alat pengudaraan juga di sediakan terlebih dahulu.

Tuaian dan Pemilihan

Hasil tuaian yang telah dikumpulkan untuk dipilih mengikut jantina dan saiz sebelum digunakan untuk tujuan pembenihan semula di hatceri.

Piawaian Pemilihan Induk

Semua udang yang dituai dikelaskan mengikut saiz.  4 kategori saiz biasa dibuat.  Dari pengkelasan tersebut hanya 2 kategori saiz sahaja dipilih untuk dijadikan induk.
Kategori Saiz
Pemilihan
30% Terbesar
Dipilih
30% Sederhana
Dipilih
30% Kecil
Tidak dipilih
10% Di bawah saiz
Tidak dipilih
Pemindahan Induk Udang Ke Hatceri
Sediakan tangki bermuatan 1 tan dan sediakan air rawatan 2000 ppm povidone/iodine bermuatan 120 liter. 
Bagi induk yang belum matang (kosong) – masukkan 20 hingga 25 kg udang sahaja dengan suhu air 22 hingga 23o Celcius.  Manakala penggunaan suhu bagi induk matang (gravid) pula adalah 26o Celcius.
 ..bersambung..

2 ulasan:

  1. Jual produk-produk untuk pembenihan udang dan ikan al : Artemia, Spirulina, Ovaprim, Multivitamin, Pakan berbentuk flake dan powder.
    Untuk informasi selengkapnya silahkan hub 0812 2841 280.
    Terima Kasih
    Yanto - Pemalang Jateng

    BalasPadam