Ahad, 15 Mei 2011

Pembinaan Hatceri Ikan Laut

Apabila kita merancang untuk membina sebuah hatceri ikan  laut, beberapa perkara perlu kita timbangkan agar pelaburan yang dilakukan benar-benar mendatangkan manfaatnya.

Biasanya pengusaha ladang ternakan ikan laut lebih cenderung untuk mempunyai hatceri mereka sendiri.  Ini bertujuan memudahkan mereka merancang keperluan jenis ternakan dan masa yang diperlukan untuk mula memasukkan benih baru ke dalam kolam ternakan.

Terdapat 2 jenis hatceri yang digunakan di Malaysia hari ini iaitu:-

a)  (Flow-through) iaitu sistem  aliran air terus; di mana air laut yang dipam masuk ke hatceri digunakan sepenuhnya dan dibuang secara terus tanpa dikitar semula penggunaannya.

b) RAS (recirculating aquaculture system) yang mana bekalan air yang dipam masuk ke hatceri digunakan sepenuhnya dan dikitar semula dengan melalui sistem penapisan dan rawatan air yang lengkap sebelum digunakan lagi.  Operasi sebegini adalah demi mengurangkan penggunaan bekalan air laut yang baru. Hanya 20% hingga 30% bekalan air baru sahaja yang digunakan bagi tujuan penambahan kuantiti yang berkurangan pada setiap hari.

Kedua-dua jenis hatceri ini mempunyai...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan